Monday, March 21, 2011

Keadaan Bumi Pada Hari Kiamat



Hadist No. 1
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dia berkata: Rasulullah saw pernah bersabda: Pada hari kiamat Allah melipat langit lalu Allah menggenggamnya dengan tangan kanan-Nya, kemudian Allah berfirman, Akulah Maha Raja. Dimanakah sekarang orang-orang yang berbuat sewenang-wenang? Dimanakah sekarang orang-orang yang sombong ? Kemudian Allah melipat bumi di tangan kiri-Nya. Lalu Allah berfirman, Akulah Maha Raja. Dimanakah sekarang orang-orang yang berbuat sewenang-wenang? Dimanakah sekarang orang-orang yang sombong? (HR. Muslim, juga di riwayatkah oleh Bukhari, hadits nomor 7412).

Hadits No.2
Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’d r.a. dia berkata Rasulullah saw pernah bersabda: Pada hari kiamat manusia dikumpulkan pada bumi yang sangat putih berbentuk bulat pipih dan gundul tanpa ada tanda-tanda di atasnya bagi siapa pun.   (HR. Muslim, juga di riwayatkah oleh Bukhari, hadits nomor 6521).

Thursday, March 3, 2011

Rasul dan Jeruk Limau



Rasulullah sangat memuliakan dan sentiasa meraikan tetamu. Pada suatu hari Rasulullah sedang berkumpul bersama para sahabat di rumah Abi Arqam. Tiba-tiba datang seorang perempuan Quraisy ke arah mereka. 

Perempuan itu sebenarnya mahu menguji Rasulullah, benarkah baginda seorang yang sangat berakhlak dan tidak pernah mengecilkan hati orang. Perempuan itu membawa tiga biji limau yang diletakkan di dalam dulang bersamanya. 

Tiba di hadapan Rasulullah dia meminta Rasulullah memakan limau itu di hadapannya pada ketika itu juga. "Silalah makan limau hadiah saya ini," katanya. "Saya rasa bahagia jika tuan memakannya," sambung perempuan itu lagi. 

Mendengar kata-kata perempuan itu, Rasulullah dengan senang hati mengambil buah itu. Baginda mengupas kulitnya dan makan seulas demi seulas. Sambil makan limau itu baginda tersenyum manis. Setelah habis sebiji diambilnya sebiji lagi. Rasulullah makan dengan begitu berselera sekali. 

Para sahabat yang duduk di sekeliling baginda berasa ngiur melihat limau itu. Tambahan pula mereka semuanya dalam keadaan lapar. Tetapi mereka hairan dengan sikap Rasulullah yang langsung tidak mempelawa atau memberi limau itu kepada mereka. Kerana setahu mereka Rasulullah adalah seorang yang sangat pemurah dan dermawan. 

Setelah habis limau yang kedua itu baginda mengambil limau yang ketiga dan memakannya sambil melemparkan senyuman yang manis kepada para sahabat yang duduk bersamanya. Sebaik sahaja baginda selesai menghabiskan limau yang ketiga itu, perempuan Quraisy tadi dengan tersipu-sipu terus keluar tanpa berkata sepatah perkataan pun. 

Apabila perempuan itu hilang dari pandangan baginda, Rasulullah pun bersabda: "Limau itu tadi adalah limau yang paling masam yang pernah aku makan. Aku takut sekiranya aku memberi kamu, kamu akan makan dengan mengenyit-ngenyit mata di hadapan perempuan itu. Jadi aku takut kalau perbuatan itu boleh mengecilkan hatinya." 

Dengan itu fahamlah para sahabat yang berada bersama Rasulullah. Demi untuk menjaga hati perempuan itu Rasulullah sanggup menghabiskan buah limau itu walaupun ianya sangat masam. Baginda juga tidak menunjukkan sebarang reaksi yang tidak baik walaupun limau yang diberi itu masam. 

Malah Rasulullah sedikit pun tidak marah kepada perempuan itu yang hendak mempermainkannya. Dari kisah ini kita dapat melihat bagaimana mulia akhlak baginda. Baginda tidak sanggup mengecilkan hati seseorang walaupun terhadap orang bukan Islam.